Hibah Takaful, Bahaya Ke? Apa Manfaat Dan Kelebihannya?

Hibah Takaful, Bahaya Ke? Apa Manfaat Dan Kelebihannya?

Hibah Takaful, Bahaya Ke? Apa Manfaat Dan Kelebihannya?


Perkataan hibah semakin popular, ramai yang masih terlepas pandang dengan konsep hibah takaful, kenapa popular sangat, habis tu Hibah Takaful, Bahaya Ke? Apa Manfaat Dan Kelebihannya? saya jelaskan dengan lebih lanjut ya.


Dalam bagusnya pasti ada kekurangannya juga kan, okay baiklah, hibah bukan satu-satu penyelesaian bagi semua permasalahan selepas kita meninggal dunia nanti, tapi hibah adalah salah satu manfaat yang baik untuk keluarga jika kita sudah tiada di dunia ini.


Apa Itu Hibah Takaful?


Ia adalah pelan takaful yang memakai pengagihan secara HIBAH, jadi maksud disini, pampasan yang diterima iaitu duit akan dapat ketika meninggal, 100% akan diberikan seperti yang dikehendaki si mati.


Apa kelebihan takaful yang menggunakan pemberian secara HIBAH ini?


1. Pampasan / Duit akan dapat dalam tempoh 7-30 hari ( melihat kepada kes) sahaja tanpa mengikuti prosedur perolehan kuasa harta pusaka yang memerlukan masa 3 bulan hingga 20 tahun. Laju kan?


2. Pampasan / Wang / Duit takaful boleh digunakan sebagai wang survival sehingga waris dapat menjalani kehidupan normal walaupun tanpa kita


Bayangkan si mati meninggalkan kekayaan bernilai 3 juta rumah dan 1 juta wang di bank. Semua ini memerlukan masa. Masa untuk menunggu untuk diurus? Dari mana waris nak dapatkan duit itu?


Ini adalah instrumen takaful yang penting untuk menolong keluarga kita yang baru kehilangan orang utama yang bertanggungjawab dalam menghasilkan sumber pendapatan keluarga. Bukan sunat tapi WAJIB mengambil takaful. Sekiranya tidak ada? Dengan duit siapa yang boleh membeli nasi dan lauk? Siapa yang boleh membayar sewa dan membeli kereta bila kita dah tak ada nanti?


3. Pemberian duit takaful tidak mengikut pengagihan secara faraid. Ia akan mengikut apa yang kita hendakkan berdasarkan akad HIBAH.


Oleh kerana itu, duit pampasan dari takaful tidak akan diagihkan secara faraid kerana ia menggunakan akad Hibah Ruqba. Bahasa yang lebih mudah, ia bukanlah harta pusaka dan tidak perlu menggunakan agihan secara faraid. Jadi, jika anda tergolong dalam 12 kumpulan yang memerlukan perancangan hibah. Takaful adalah alat yang sangat baik untuk menyediakan aset cair kepada waris anda semasa anda sudah tiada nanti.


Sebilangan orang meninggalkan tanah, rumah. Sangat sukar dicairkan. Ya betul, setelah kita tiada, pewaris sudah mempunyai tempat tinggal. Walau bagaimanapun, lebih baik menggunakan wang tunai sebagai aset semasa untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan.


Apa Yang Kurang Dan Bahayanya Dengan Hibah Takaful Ni?


Tak ada yang kurang, agihan semua cantik, syarikat yang menawarkan pakej ni pun kebanyakan lulus bawah Bank Negara Malaysia (BNM) tapi yang kurangnya adalah pada bahagian pewaris yang menerima pampasan tersebut, saya senaraikan di bawah di dalam kes kematian:


1. Waris dapat seguni duit RM1,000,000. Rasa-rasa duit ini berapa lama mampu bertahan jika waris anda dapat?


Bayang dan renungkan anak atau pasangan anda boros orangnya? Kemungkinan habis dalam masa setahun saja


Saya kongsi untuk satu kes ni, Waris dapat RM1,000,000. Dalam tempoh 1 tahun habis! Ya. Setahun


Apa penyebabnya? Semua nak beli pakai cash, rumah RM700,000 melancong pulak habis RM300,000


Yang sepatutnya wang yang diterima untuk kegunaan jangka masa panjang.


2. Waris tidak bayar hutang arwah kerana duit itu akad HIBAH, bagaimana anda nak suruh orang bayar hutang anda dengan hadiah yang anda berikan kepada dia? Pelik kan?


Sebenarnya waris berhak untuk tidak membayarnya. Sebab memang beliau punya 100%


3. Jika penerima duit hibah bawah 18. Duit itu tidak boleh dikeluarkan atau akan diberikan kepada penjaga harta. Bagaimana anak anda nak survive jika tiada duit yang boleh diambil kerana semua beku


Ini permasalahan yang berlaku jika takaful menggunakan akad hibah, tapi setiap masalah ada penyelesiannya kan.


Anda bertuah sebab tergerak hati untuk baca artikel ini, buat masa sekarang, ada satu takaful ni menyediakan plan yang mampu milik dengan perlindungan yang tinggi.


Dengan hanya RM50 sahaja sebulan, anda mampu sediakan Hibah Takaful kepada insan yang tersayang sehingga RM190,000.


Manfaat Asas Yang Tersedia Dibawah Plan Hibah Takaful 


  • Manfaat Kematian (Anda meninggal waris anda akan terima wang tersebut)
  • Boleh keluarkan wang simpanan (pastikan ada lebihan RM1000 keatas untuk memastikan manfaat polisi aktif)

Manfaat Tambahan Dibawah Plan Hibah Takaful


  •  Manfaat harian hospital RM50-350++ sehari (anda masuk & merawat diri di hospital dalam tempoh 24 jam anda akan terima wang perbelanjaan harian)
  •  Manfaat Penyakit Kritikal RM50,000++ (Jika anda terkena penyakit kritikal, anda akan terima wang tersebut secara sekaligus)
  •  Manfaat Cacat Kekal RM100,000++ (Jika anda mengalami cacat kekal sehingga tidak mampu mencari rezeki anda akan terima wang tersebut sekaligus)
  •  Anda tidak perlu menyumbang untuk sumbangan asas jika terkena penyakit kritikal (hanya perlu bayar sumbangan tambahan sahaja)


Nota: Manfaat tambahan perlukan bayaran tambahan.


Berikut Kiraan Hibah Untuk Waris Anda Jika Anda Meninggal Dunia Dengan Caruman serendah RM50 dan keatas Sebulan.



Berikut Kiraan Hibah Untuk Waris Anda Jika Anda Meninggal Dunia Dengan Caruman serendah RM100 dan keatas Sebulan.



Tetapi, apa-apa pun ikutlah bajet masing-masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban setiap bulan. Diatas adalah kiraan mengikut, umurtiada penyakit dan tidak merokok.


Apa Penyelesaian Yang Hibah Takaful Sediakan?


  • Aset tunai segera untuk waris anda.
  • Amanahkan kepada pewaris untuk menyelesaikan hutang anda jika anda meninggal dunia
  • Selebihnya waris boleh gunakan untuk sara diri, jika waris itu adalah isteri anda, maka ia boleh digunakan untuk menyara kehidupan harian keluarga anda
  • Hibah adalah mutlak penama dan tidak boleh dituntut oleh waris yang lain.
  • Tidak perlu melalui proses faraid dan tiada kos guaman dan mahkamah
  • Mengelakkan perbalahan dan perebutan harta antara ahli keluarga yang lain.
  • Orang yang anda tinggalkan tidak perlu meminta daripada orang lain.


Untuk mendapatkan infolanjut hibah takaful bagi umur semasa anda, klik butang di bawah untuk hubungi saya di Whatapps, saya akan bantu anda dengan konsultasi terbaik dan permohonan secara Online.



Syarat & Nota:


  • Umur layak memohon 30 hari - 60 tahun
  • Auto Extend Sehingga 90 Tahun

  • Tiada Penyakit
  • Manfaat Terhad Mengikut Umur Semasa Anda

  • Pekerjaan Semasa Anda




Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama
Nak Perlindungan? Hubungi Saya!
Saya Berminat Untuk Dapatkan Kelayakan Prudential Takaful, Boleh Bantu Saya? ...
Klik Sini Untuk Semak Kelayakan